AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA




Seksyen 17. Memeriksa orang untuk mendapatkan nama dan alamat.

Tiap-tiap orang yang berada dalam jagaan sah, yang oleh sebab ketakupayaan kerana mabuk, sakit, gangguan mental ataupun masih kanak-kanak lagi tidak dapat memberikan keterangan yang memuaskan tentang dirinya, bolehlah diperiksa bagi maksud menentukan nama dan tempat kediamannya.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.