AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VIII - AM




Seksyen 211. Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu.

Barang siapa yang dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau pengakuan secara lisan atau bertulis yang palsu dalam apa-apa perkara jika dia dikehendaki memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan sedemikian oleh peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.