AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK BAB I - AM
Seksyen 22. Pemberhentian tindakan.
Dalam hal perkahwinan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak --
(a) jika kausa tindakan itu tidak menakat mengikut Hukum Syarak, prosiding itu hendaklah terhenti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (c);
(b) jika kausa tindakan itu menakat atau berterusan mengikut Hukum Syarak, prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat; atau
[Pin. Akta A1251/2005:s.3]
(c) dalam hal kematian selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, prosiding itu tidaklah terhenti, dan penghakiman boleh diumumkan atau dicatatkan.