AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH




Seksyen 160. Rayuan tidak boleh berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan.

(1) Kecuali dalam kes-kes yang disebut dalam subseksyen (3) dan seksyen 159, tiada rayuan boleh berkuatkuasa sebagai pengggantungan pelaksanaan tetapi Mahkamah perbicaraan atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menanti rayuan atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketaklaksanaan apa-apa perbuatan atau perjalanan mana-mana hukuman yang diperintah oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Jika perayu kesudahannya dihukum dengan hukuman pemenjaraan, tempoh pelaksanaan hukuman itu digantung ditolak semasa menghitung tempoh hukumannya melainkan jika Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan selainnya.

(3) Dalam kes sabitan yang melibatkan hukuman sebat -




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.