AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK BAB I - AM
Seksyen 18. Percantuman pihak.
(1) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika--
(a) tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan soalan undang-undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan
(b) segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang saman.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan yang berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.
(3) Penghakiman boleh diberikan tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-masing.