AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVII - RAYUAN




Seksyen 140. Rayuan.

Seseorang responden dalam mana-mana rayuan boleh, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis rayuan itu kepadanya, memfailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dan menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 31 tentang cadangannya untuk mengemukakan hujah pada pendengaran rayuan itu bahawa keputusan yang dirayukan itu patut diubah.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.