AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN BAB 3 - AFIDAVIT
Seksyen 112. Membuat afidavit.
Sesuatu afidavit yang digunakan dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah--
(a) di Wilayah-Wilayah Persekutuan, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
(b) di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar, mengikut kehendak kes;
[Pin. Akta A1251/2005:s.7]
(c) di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah.