AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB I - PROSIDING INTERLOKUTORI




Seksyen 192. Penangguhan.

(1) Pendengaran sesuatu permohonan boleh ditangguhkan dari semasa ke semasa, sama ada secara umum atau kepada suatu tarikh tertentu, mengikut mana-mana yang sesuai.

(2) Jika pendengaran itu ditangguhkan secara umum, maka pihak yang membuat permohonan itu boleh memasukannya semula dengan memberikan notis dua hari genap sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kepada semua pihak lain yang kepada mereka salinan permohonan itu telah disampaikan.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.