AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan




Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan

(1) Sebaik selepas akad nikah suatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Catatan itu hendaklah diaku saksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang saksi, selain Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.