AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN




Seksyen 189. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin-penjamin yang tak mencukupi telah diterima, atau jika mereka kemudiannya menjadi tak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin boleh mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Mahkamah boleh memenjarakannya.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.