AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH




Seksyen 157. Penghantaran rekod kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila perayu telah mematuhi seksyen 153 dan 155, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan segera menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah empat salinan rekod prosiding kes itu, bersama dengan empat salinan notis rayuan dan petisyen rayuan.

(2) Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga memberi responden atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding kes itu dan suatu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan itu.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.