AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI




Seksyen 98. Keterangan tentang perkara bertulis.


Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau pelupusan lain akan harta yang tentangnya dia memberikan keterangan tidak terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau jika dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan apa-apa dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak menentang boleh membantah terhadap pemberian keterangan itu sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga terbukti fakta yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberikan keterangan sekunder mengenainya.
Huraian - Seseorang saksi boleh memberikan keterangan lisan mengenai pernyataan yang telah dibuat oleh orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan itu dengan sendirinya ialah fakta relevan.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada A telah menyerang B.

C mendeposkan bahawa dia telah mendengar A berkata kepada D: "B telah menulis surat menuduh saya mencuri dan saya akan membalas dendam terhadapnya.". Pernyataan itu adalah relevan sebagai menunjukkan motif serangan A itu dan keterangan boleh diberikan mengenai pernyataan itu walaupun tiada keterangan lain diberikan mengenai surat itu.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.