AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA




Seksyen 12. Memeriksa orang di tempat yang digeledah menurut waran.

Bilamana penggeledahan untuk mencari apa-apa benda dibuat atau akan dibuat dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan apa-apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai, dan, jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis yang boleh disembunyikan pada tubuh badan seseorang, mereka boleh diperiksa untuk mencari benda itu oleh atau di hadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.