AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN




Seksyen 176. Permohonan untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman.

(1) Jika penghakiman Mahkamah adalah untuk mendapatkan pembayaran wang, pemiutang penghakiman yang berhak menguatkuasakan penghakiman yang bertanggungan di bawah penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk diperiksa secara lisan tentang keupayaannya membayar atau menyelesaikan hutang penghakiman itu dan untuk mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi pembayaran itu.

(2) Sesuatu permohonan meminta kehadiran seseorang penghutang penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu permintaan dalam Borang MS 42 yang ditandatangani oleh pemohon atau Peguam Syarienya.

(3) Jika suatu penghakiman telah diberikan terhadap dua orang atau lebih, pemiutang penghakiman boleh menghendaki saman penghutang penghakiman dikeluarkan terhadap setiap orang atau mana-mana orang yang bertanggungan di bawah penghakiman itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.