AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN I - PERMULAAN




Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian, dan permulaan kuat kuasa

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan terpakai hanya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
[Pin. Akta A828:s.2], [Pin. P.U.(A)247/2002;s.3]

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.