AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XV - PENDENGARAN
Seksyen 124. Nota keterangan.
Mahkamah hendaklah merekodkan keterangan yang diberikan dan, setakat yang didapati perlu, penghujahan undang-undang yang dibuat, termasuk apa-apa bantahan terhadap keterangan, dan boleh merekodkan apa-apa pemerhatian tentang tingkah laku saksi dan perkara material yang lain.