AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN




Seksyen 29. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Wilayah Persekutuan hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.