AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN




Seksyen 74. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan jaminan bagi nafkah seseorang anak

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua atau sebahagian daripadanya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

(2) Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.