AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH




Seksyen 154. Rekod prosiding.

(1) Apabila suatu notis rayuan telah difailkan, Hakim yang memberikan keputusan itu hendaklah, jika dia belum menulis penghakimannya, merekodkan alasan-alasan keputusannya secara bertulis, dan penghakiman bertulis atau alasan-alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.

(2) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas notis rayuan difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding itu.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.