AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TESTIMONI SAKSI




Seksyen 121. Pemeriksaan rahsia.


(1) Suatu pemeriksaan rahsia hendaklah dijalankan melalui suatu surat yang dalamnya ditulis oleh Hakim nama defendan atau tertuduh dan hal perkara tuntutan atau pertuduhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, nama saksi, pengenalannya, kerjanya dan tempat tinggalnya.

(2) Surat rahsia itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul termetri dan diserahkan oleh Mahkamah kepada orang yang dilantik sebagai pemeriksa rahsia itu.

(3) Apabila diterima surat rahsia itu dan selepas dibaca kandungannya, pemeriksa rahsia itu hendaklah menulis di bawah nama saksi yang dinyatakan dalam surat itu perkataan "'adil" atau perkataan "tidak 'adil" (jurh), mengikut penilaiannya, dan hendaklah dengan serta-merta mengembalikan surat itu kepada Hakim.

(4) Jika surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dengan perkataan "tidak 'adil" atau "Wallahu a' alam" atau apa-apa perkataan lain yang bermaksud sedemikian tertulis padanya, atau jika tiada apa-apa ditulisnya padanya, Hakim tidak boleh menerima keterangan saksi itu dan boleh meminta seorang saksi lain dikemukakan.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.