AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT




Seksyen 65. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan.

(1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan-
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu;

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.