AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 154. Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan.
(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah--
(a) jika penghakiman atau perintah itu tertakluk kepada apa-apa syarat atau kontingensi;
(b) jika pada bila-bila masa enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
(c) jika apa-apa perubahan telah berlaku disebabkan oleh kematian, serah hak atau selainnya pada pihak-pihak yang berhak kepada atau yang boleh dikenakan pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;
(d) jika pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu.
(e) jika suatu perintah pengkomitan masih berkuatkuasa;
(f) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 134(2), jika suatu perintah untuk pembayaran secara ansuran masih berkuat kuasa atau
(g) jika pelaksanaan telah digantung oleh Mahkamah,
(2) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang yang berkenaan.
(3) Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah bagi pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.