AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH




Seksyen 143. Tatacara pada pendengaran.

(1) Apabila tiba masa untuk mendengar rayuan perayu hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuan itu, kemudian responden hendaklah didengar untuk menentangnya, dan perayu hendaklah berhak untuk menjawab.

(2) Jika perayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya, Mahkamah boleh menimbangkan rayuannya dan boleh membuat apa-apa keputusan tentangnya yang difikirkannya patut:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh enggan menimbangkan rayuan itu atau membuat apa-apa perintah sedemikian dalam kes perayu yang berada di luar bidang kuasa atau yang tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan dijamin, kecuali atas terma-terma yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.