AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 1 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN




Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2), tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuatkuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain daripada dengan iqrarsedemikian.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.