AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB 1 - BEBAN MEMBUKTIKAN
Seksyen 76. Beban membuktikan fakta yang perlu dibuktikan untuk menjadikan keterangan boleh diterima.
Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan keterangan itu.
MISALAN
(a) A berhasrat untuk membuktikan marad al-maut yang dibuat oleh B.
A mestilah membuktikan marad al-maut itu dan kematian B.
(b) A berhasrat untuk membuktikan dengan keterangan sekunder kandungan suatu dokumen yang telah hilang.
A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.