AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN
Seksyen 89. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dipertuduh bersama.
(1) Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kesalahan itu mula-mula dilakukan, sama ada berkenaan dengan orang yang sama atau tidak, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan itu yang tidak melebihi tiga.
(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan-kesalahan itu boleh dihukum di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sama yang sedang berkuatkuasa.