AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN




Seksyen 152. Kuasa Mahkamah untuk menetapkan masa.

(1) Walaupun suatu penghakiman atau perintah yang mengkehendaki seseorang melakukan sesuatu perbutan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat perintah mengkehendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Jika suatu penghakiman atau perintah yang mengkehendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang mengkehendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3) Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.