AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 164. Deposit perbelanjaan.
(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah bagi pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman telah mendepositkan sejumlah wang yang pada pendapat bailif mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika bailif terpaksa menyimpan harta itu lebih daripada empat belas hari dia boleh mengkehendaki supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar dia boleh melepaskan harta itu.
(2) Bailif hendaklah menyimpan rekod mengenai semua wang yang didepositkan dengannya di bawah subseksyen (1).