AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN




Seksyen 173. Pembayaran daripada Mahkamah.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar daripada Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya dalam apa-apa hal dan hendaklah, jika dia mempuntai notis bahawa mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau mana-mana bahagian jumlah wang itu, mengkehendaki pemohon itu mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.