AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1- PERMULAAN




Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan hendaklah terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
[Pin. P.U.(A) 249/2002]

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.