AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI




Seksyen 89. Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi.

Susunan yang mengikutnya saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah dikawalselia oleh undang-undang dan amalan pada masa ini yang berhubungan dengan tatacara mal dan jenayah yang terpakai bagi Mahkamah masing-masingnya, dan sekiranya tiada mana-mana undang-undang sedemikian, menurut budi bicara Mahkamah.

[Pin. Akta A1250:s.2]


Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.