AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI




Seksyen 115. Pengemukaan dokumen dan terjemahannya.


(1) Seseorang saksi yang disaman untuk mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam miliknya atau di bawah kuasanya, membawa dokumen itu ke Mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Kesahan apa-apa bantahan sedemikian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika didapatinya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu merujuk kepada hal-ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.

(3) Jika bagi maksud itu adalah perlu untuk memyebabkan mana-mana dokumen diterjemahkan, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemah supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan dalam keterangan.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.