AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap




Seksyen 33. Mahkamah boleh mengarahkan jaminan yang hendak diambil melalui pengendorsan di atas waran.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran bagi menangkap mana-mana orang boleh, menurut budi bicaranya, mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran itu bahawa jika orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada masa yang ditetapkan dan sesudah itu sehingga diarahkan selainnya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan itu dan hendaklah melepaskan orang itu daripada jagaan.

(2) Pengendorsan itu hendaklah menyatakan---

(3) Bilamana jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.