AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH




Seksyen 149. Perakuan dan akibat penghakiman.

(1) Bilamana sesuatu kes yang dirayukan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini, ia hendaklah memaklumkan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang dirayukan itu.

(2) Bilamana sesuatu rayuan tidak ditolak, perakuan sedemikian hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya rayuan itu telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3) Mahkamah yang kepadanya Mahkamah Tinggi Syariah memaklumkan penghakiman atau perintahnya hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.