ENAKMEN 4 TAHUN 2000
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (PINDAAN) 2000
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) dengan-
(a) memotong takrif "Imam Rawatib"; dan
(b) dalam takrif "Pegawai Masjid":
(i) dengan memotong perkataan "Naqib Masjid", "Imam Rawatib", "Khatib" dan "Pembantu Khatib"; dan
(ii) dengan memasukkan perkataan "Penolong Imam" selepas perkataan "Imam,".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.