ENAKMEN 4 TAHUN 1996 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN) 1996
Seksyen 4. Pindaan seksyen 5.
(1) Seksyen 5 Enakmen ibu adalah dipinda -
(a) dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
" (5) Setiausaha kepada Majlis hendaklah orang yang pada masa ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah. "; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (5), dalam teks bahasa Inggeris, subseksyen yang berikut:
" (6) Muslim persons of the Shafie sect only can become members of the Majlis.
(7) The term of appointment of the members mentioned in paragraphs (ix) and (x) of subsection (1) is two years but the members shall be eligible for reappointment.".
(2) Seksyen 4 (1) (b) hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 16hb Februari 1979.