ENAKMEN 7 TAHUN 1987
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) 1987
Seksyen 163 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan " dengan perkataan-perkataan "tiga ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun".