ENAKMEN 6 TAHUN 1966 ENACTMENT PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (PINDAAN PERTAMA) 1966
Sekshen 2. Pindaan kapada sekshen 2
Sekshen 2 ibu Undang2 di-pinda saperti berikut-
(a) tambah ma'ana saperti berikut salepas ma'ana "Fetua":
"'Fitrah' ma'ana-nya banyak-nya beras atau pun harga-nya yang bersamaan yang wajib di-bayar mengikut hukum shar'a pada tiap2 tahun oleh sa-saorang yang berugama Islam pada akhir bulan Ramdzan untok di-gunakan bagi perkara2 yang bersangkut dengan ugama dan khairat yang di-akui oleh hukum shar'a."
(b) tambah ma'ana saperti berikut salepas ma'ana "wali":
"'Zakat' ma'ana-nya pemberian di-atas harta2 dan pendapatan2 yang wajib di-keluarkan oleh tiap2 sa-orang yang berugama Islam menurut hukum shar'a."