ENAKMEN 7 TAHUN 1987 ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) 1987
Seksyen 5. Pindaan bagi seksyen 137.
Seksyen 137 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari" yang terdapat dalam baris tujuh, lapan dan sembilan subseksyen (1) dengan perkataan-perkataan "lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya";
(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan "satu ratus ringgit atau dipenjara tidak lebih daripada lima belas hari" yang terdapat dalam baris sebelas dan dua belas subseksyen (1) dengan perkataan-perkataan "satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya";
(c) dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari" yang terdapat dalam baris tujuh dan lapan subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya"; dan
(d) dengan menggantikan perkataan-perkataan "satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari" yang terdapat dalam baris sepuluh dan sebelas subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan".