ENAKMEN 8 TAHUN 1986
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1986



Seksyen 2. Bahagian IIA dan seksyen 15A baru.

(i) Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Tahun 1966 yang mana dalam Enakmen ini digelar sebagai "Enakmen ibu" adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Tahun 1966" dengan perkataan-perkataan "Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966" dalam seksyen 1, teks Bahasa Malaysia.

(ii) Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 15 akan Bahagian IIA dan Seksyen 15A baru seperti berikut:

"BAHAGIAN IIA

DEWAN SYURA
Dewan Syura15A.(1) Majlis bolehlah menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Dewan Syura (yang mana kemudian daripada ini dipanggil "Dewan").

(2) dewan hendaklah mengandungi -
    (a) seorang Pengerusi, iaitu hendaklah Mufti;

    (b) seorang Timbalan Pengerusi, iaitu hendaklah Timbalan Mufti;

    (c) semua ahli Jumaah Ulama Majlis;

    (d) tidak lebih daripada 20 orang dari golongan Ulama, cedikiawan dan Pakar Islam yang akan dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia;

    (e) empat orang Anggota Majlis;

    (f) dua orang ahli Ex-Officio, iaitu Setiausaha dan Bendahari Majlis.

(3) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah -
    (a) bagi mengatur perjalanan Dewan, perkara mengadakan mesyuarat dan perjalanan urusan;

    (b) melantik jawatankuasa-kawatankuasa; dan

    (c) pada amnya yang mana difikirkan perlu atau mustahak oleh Majlis untuk mencapai tujuan Dewan.".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.