ENAKMEN 4 TAHUN 2000 ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (PINDAAN) 2000
Seksyen 9. Pindaan seksyen 93.
Seksyen 93 Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
"(1) Semua harta benda yang tertakluk kepada peruntukan seksyen 92 termasuk harta takalih yang terletak di dalam negeri ini, hendaklah terletakhak pada Majlis, tanpa apa-apa pemindahakan, penyerahakan atau pemindahmilik jua pun bagi maksud amanah, wakaf atau nazar am yang menyentuh hartabenda itu.".