ENAKMEN 6 TAHUN 1988 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (PINDAAN) 1988
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [En.4/84] yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini adalah dipinda---
(a) dengan menggantikan tafsiran "Hukum Syara' " dengan yang berikut:
'"Hukum Syara' " ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana mazhab yang sah;';
(b) dengan menggantikan tafsiran "harta sepencarian" dengan yang berikut:
'"harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara';';
(c) dengan memasukkan, selepas sahaja tafsiran "bermastautin" tafsiran baharu yang berikut:
'"bulan qamariah atau tahun qamariah" ertinya bulan atau tahun Hijrah;';
(d) dengan memotong angka "(2)" yang terdapat pada tafsiran "tarikh yang ditetapkan"; dan
(e) dengan menggantikan perkataan-perkataan "Enakmen ini" yang terdapat di baris akhir seksyen kecil (2) dengan "Akta itu setakat mana ianya tidak bertentangan dengan Hukum Syara'.".