ENAKMEN 10 TAHUN 1998
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) (NO.2) 1998.



Seksyen 4. Penggantian seksyen 19.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 19 dengan seksyen yang berikut:

"Seksyen 19. Peguambela dan peguamcara.

Walau apa pun peruntukan seksyen 18 (2), seseorang peguambela dan peguamcara yang beragama Islam dan telah lulus temuduga atau ujian Sijil Peguam Syarie yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini adalah layak untuk diterima menjadi Peguam Syarie di bawah seksyen 18 (1).".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.