ENAKMEN 8 TAHUN 2003
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAM ISLAM (MELAKA) (PINDAAN) 2003



Seksyen 6. Seksyen Baru 37A

Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37 seksyen yang berikut:

"Seksyen 37A. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan.

(1) Pengarah boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini kecuali suatu kesalahan di bawah subseksyen 5(3) atau 18(2) dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu yang boleh dikenakan kepada orang itu sekiranya dia telah disabitkan atas kesalahan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)-


(4) Apa-apa wang yang dibayar kepada Pengarah menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.".

Diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 12 November 2003.

[PUN(M)353/46/62]

MAKMUN BIN HJ. MD. SABARI,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Melaka



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.