ENAKMEN 7 TAHUN 1987
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) 1987
Seksyen 177 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya" dengan perkataan-perkataan "empat ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan".