ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988



Seksyen 2. Seksyen baru 206 dan Borang baru 7.

Enakmen Acara Jenayah Syariah 1988, yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, adalah dipinda:

"BORANG 7
NEGERI KEDAH DARULAMAN
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988
(Seksyen 206)

Mahkamah
Kadi
Ruang I
(a)
sehari
(M)
Mahkamah
Kadi
Ruang II
(b)
sehari
(M)
Peringkat Saksi-saksi
$ sen
$ sen
(1)
Buruh, tukang pedati, pembawa notis, pembantu rumah, penjaja, kelasi, petani, pekebun dan lain-lain pekerjaan yang sama.

3 00
5 00
(2)
(i) Tuan tanah, pemajak atau penyewa, selain dari yang tersebut di (1) di atas;
4 00
7 50
(ii) Pelombong dan pemajak, kerani, pekedai, dan peniaga kecil dan artisan;
4 00
7 50
(iii) Pegawai (selain daripada pegawai-pegawai bertauliah) di dalam Angkatan Bersenjata yang bergaji penuh.

4 00
7 50
(3)
Saudagar, peniaga, pekedai, pelombong, tuan tanah atau pemajak yang besar.
5 00 ke
12 00
10 00 ke
25 00

(4)
(i) Doktor, pegawai bank, jurutera, juruukur, jurubina, jurukira, peguam dan lain-lain orang profesional dan pembantu kanan dalam rumah-rumah perdagangan besar;
5 00 ke
12 00
10 00 ke
23 00
(ii) Pegawai-pegawai bertauliah di dalam Angkatan Bersenjata yang mendapat gaji penuh.
5 00 ke
12 00
10 00 ke
23 00

(5)
Wanita-wanita lain yang tidak termasuk di dalam kelas-kelas (1) hingga (4) di atas.
3 00 ke
7 00
5 00 ke
23 00

Nota:


(a) Sekiranya seseorang saksi itu perlu menginap di tempat selain daripada tempat kediamannya beliau boleh menuntut elaun penginapan dan saraan mengikut budibicara Mahkamah.

(b) Dalam menuntut jumlah yang patut dibayar kepada seseorang saksi di dalam ruangan di atas, Mahkamah hendaklah menentukan berapa lama seorang saksi itu sebenarnya perlu berada di luar tempat pekerjaan biasanya.

(c) Suatu perjalanan di antara dua tempat hendaklah dilakukan dengan mengambil jalan yang pendek atau yang murah. Jika sesuatu tempat itu ada perkhidmatan keretapi, maka perkhidmatan keretapi itu hendaklah digunakan. Peruntukan ini hendaklah juga dipakai bagi seorang saksi kakitangan Kerajaan.

(d) Seorang saksi profesional boleh dibayar lebih dari apa yang ditentukan di atas dengan syarat beliau mendapat satu perakuan dari Mahkamah bahawa keterangannya adalah luar biasa.

(e) Mahkamah boleh juga menentukan elaun mana-mana saksi yang tidak termasuk dalam golongan yang tersebut di atas mengikut budibicaranya".



Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 15 Ramadan 1411 bersamaan 31 Mac 1991.

MIHAT BIN SHAARI,
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri,
Kedah Darulaman

[PSU (K) 537/1408; PUN(K) 30/88 Jld. 2]



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.