ENAKMEN 6 TAHUN 1988 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (PINDAAN) 1988
Seksyen 11. Pindaan seksyen 58.
Seksyen 58 Enakmen ibu adalah dipinda---
(a) dengan menambahkan selepas sahaja seksyen kecil (5) seksyen baru 58A yang berikut:
"58A. Jika seseorang, bagi maksud mendapatkan suatu pembubaran perkahwinan, sengaja membuat suatu akuan pernyataan yang palsu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu."; dan
(b) dengan menambah di birai, nota birai yang berikut:
"Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan pembubaran perkahwinan.".