ENAKMEN 4 TAHUN 1992 ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) (PINDAAN) 1992
Seksyen 15. Pindaan seksyen 75
Seksyen 75 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menomborkan semula seksyen 75(1) sebagai seksyen 75; dan
(b) dengan memasukkan, selepas perenggan (a), perenggan baru (aa), (bb) dan (cc) yang berikut:
"(aa) tanggungjawab, kelakuan dan kawalan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Majlis;
(bb) saraan, elaun-elaun dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Majlis;
(cc) bagi tatatertib pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Majlis yang boleh termasuk-
(i) peruntukan-peruntukan bagi penahanan kerja dan pengurangan gaji atau saraan lain, atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pengkhidmat semasa menanti prosiding tatatertib selesai;
(ii) pengwujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan pengadaan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis, dan hukuman-hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan
(iii) prosedur bagi prosiding tatatertib, yang hendaklah memberi peluang kepada pegawai atau pengkhidmat yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap pegawai atau pengkhidmat itu;".