ENAKMEN 8 TAHUN 1986
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (PINDAAN) 1986



Seksyen 17. Pindaan seksyen 74.

(1) Seksyen 74 (1) Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "boleh dihukum jel selama tidak lebih daripada enam bulan atau didenda tidak lebih daripada $1,000" dengan perkataan-perkataan "adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh disebat.".

(2) Seksyen 74 (2) Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "boleh dihukum jel selama tidak lebih daripada tiga bulan atau didenda tidak lebih daripada $500" dengan perkataan-perkataan "adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau kedua-duanya.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.