ENAKMEN 7 TAHUN 1987 ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (PINDAAN) 1987
Seksyen 10. Pindaan bagi seksyen 147.
Seksyen 147 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan-perkataan "seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya" yang terdapat dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan"; dan
(b) dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan" yang terdapat dalam subseksyen (3) dengan perkataan-perkataan "dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun".